KUANTAN: Pemilihan jururunding dan kontraktor berkaitan pengurusan bekalan air di Pahang perlu dilakukan dengan teliti supaya kerja penambahbaikan bekalan air siap mengikut jadual, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
Tengku Zulpuri Shah berkata ia termasuk memastikan mereka yang dilantik betul-betul memiliki kelayakan diperlukan selain berpengalaman luas manakala Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) perlu memastikan penghantaran air menerusi lori tangki dan tangki disediakan di lokasi yang kerap terjejas.
"Agensi berkaitan seperti PAIP, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) juga disaran duduk bersama bagi membincangkan masalah guna pakai tebing sungai yang tidak terurus yang boleh menyebabkan hakisan atau cerun runtuh semasa hujan lebat.
"Kejadian ini boleh menyebabkan kekeruhan air agak tinggi yang menyebabkan proses di loji rawatan air (LRA) tidak dapat dilakukan," katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah diraja Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di sini semalam.
Selain itu, Tengku Zulpuri Shah juga menyarankan supaya sebuah majlis jawatankuasa infrastuktur keperluan asas diwujudkan bagi melancarkan penyelesaian masalah seperti air, elektrik dan jalan raya selain perancangan intratruktur setempat perlu dibuat sekurang-kurangnya 10 tahun ke hadapan supaya ia dapat menampung keperluan setempat.
BACA: Isu peruntukan pembangkang hangatkan sidang DUN Pahang
Berkaitan masalah pencerobohan dan kecurian hasil hutan, Tengku Zulpuri Shah menyarankan kerajaan negeri menggunakan data satelit dalam usaha membendung permasalahan itu, yang boleh dilaksanakan menerusi kerjasama agensi dan jabatan berkaitan.
Sebagai contoh, kerjasama dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menggunakan data satelit setempat sama ada secara mingguan atau bulanan dapat mengesan kawasan diceroboh menerusi perubahan imej atau penggunaan dron beresolusi tinggi oleh tentera.
Tengku Zulpuri Shah juga mencadangkan kerajaan negeri untuk mewujudkan rizab kawasan perlindungan gajah, mengambil kira kejayaan Pahang mewartakan Gunung Aais dan Hutan Simpan Gunung Aais Tambahan di Jerantut sebagai Rizab Harimau Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut Tengku Zulpuri Shah, kewujudan kawasan rizab perlindungan gajah itu dapat mengurangkan konflik hidupan liar itu dengan manusia.
Isu alam sekitar juga disentuh Ketua Pembangkang Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berharap kawasan tadahan air diwartakan sebagai hutan simpan kekal (HSK) supaya tidak terjejas dengan aktiviti pembalakan atau perlombongan bagi menjamin bekalan air bukit yang banyak digunakan penduduk kampung.
Tuan Ibrahim yang juga ADUN Cheka berkata pertambahan peruntukan dan tenaga kerja juga perlu diberikan kepada agensi penguatkuasaan alam sekitar bagi memperkasakan pemantauan termasuk dalam pelaksanaan ladang hutan.
Selain itu, beliau juga menyarankan tumpuan diberikan bagi memastikan pembangunan antara daerah di negeri ini, lebih seimbang memandangkan daerah seperti Lipis dan Jerantut agak ketinggalan walaupun menyumbang besar kepada hasil negeri menerusi balak dan mineral.
"Saya mencadangkan supaya dibuat margin sekurang-kurangnya 10 peratus hasil daerah disumbangkan kepada kemajuan daerah itu," katanya.
Persidangan bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023
Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang berlangsung di Kuantan semalam. - Foto BERNAMA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia tewaskan China acara regu
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Selangor tewaskan KDA FC 1-0, bergema 'Siu' di MBPJ
Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menyaksikan Selangor FC memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang, apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan KDA FC 1-0.
Pulau Pinang 'gedung kelahiran' akhbar sebelum Perang Dunia Kedua
Pulau Pinang kini menjadi pemegang rekod aliran masuk pelaburan tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM71.9 bilion pada 2023.
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
DUN Pahang lulus usul tolak ratifikasi ICERD
Usul dibahaskan bersama-sama lima Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional, Pas dan Pakatan Harapan.